Arahan: Abiskita boleh memaparkan sajak-sajak abiskita diruangan ini untuk dijadikan bahan, kajian, bacaan umum dan sebagainya. Abiskita boleh memaparkan melalui ruangan komen atau menghantarkan sajak abiskita kepada kami iaitu Seni-pusaka-melayu@hotmail.com. Abiskita juga boleh memuat naikan (upload) video abiskita kepada facebook iaitu Tunasastera cermin diri.
Walau bagaimanapun, Abiskita hendaklah menghantar sajak-sajak yang tidak menyentuh sensitiviti masyarakat. Dengan itu, kami Pereka Blog mempunyai hak untuk tidak memaparkan sajak-sajak abiskita jika terselit unsur-unsur sensitiviti masyarakat.
Alam - malA
BalasPadamlautan luas ketuhuran..
bumi yang ladang bagaikan kesempitan
anak-anak ikan mati kepanasan
daun-daun hijau berubah menjadi kuning kecoklatan.
tangisan bumi..
jatuh membasahi tanah
memberi seribu kerahmatan
jatuh membasahi tanah
membawa berbagai kedukaan
tawa
tangis
suka
duka
bagaikan putaran alam yang fana..
Rafuz
BSB.
PELANGI KEHIDUPAN
BalasPadamWarna-warni kehidupan
adalah suatu kenyataan
adalah suatu kenangan
adalah suatu harapan
Pahit-Manis
Suka-Duka
menangis-Ketawa
Inilah pelangi kehidupan.
Semua itu
kita kongsikan bersama-sama
kita manfaatkan bersama-sama
dalam menghayati kehidupan ini
Percayalah bahawa
kehidupan ini
bagaikan waktu yang mendatang
dan ianya pergi tidak kembali.
Hayati A.S
Muara
MUTIARA HATI
BalasPadamAndai aku bisa terbang
akan ku kabarkan pada Dunia
bahawa aku adalah insan yang lara
Andai aku bisa berenang
akan ku selami lautan semudra
dan cuba mengapai Mutiara
Dan bila Mutiara itu sudah berada di gangamanku,
akan ku rawat,
akan ku tatah,
akan ku gilap,
Dan ku simpan
di satu tempat yang tak boleh
tercapai oleh
Manusia,
Mutiara yang ku maksudkan
Itu adalah
Hatimu
Hayati A.S
Muara
Ku hargai
BalasPadamDi bawah telapak kaki ibu
akan ku balas segala jasa mu
dengan keringat yang telah keluar dari tubuh ku
sebagaiamana ia juga keluar dari tubuh mu
untuk memelihara ku.
siang hanya di terangi oleh matahari
malam di suluh oleh pelita
susah,
ku tahu
erti hidup sebagai tunggul
terkapar-kapar mencari rezeki untuk anak
akan ku sirami diri mu dengan kasih sayang
di sulami dengan manik-manik berkilauan
agar tidak putus tali yang berpaut
Ruffuz.
BSB.
Perit Pedihku
BalasPadamperit pedihku menelan jadam kehidupan
menelan sungkawa yang datang menerpa
saat minda mengalunkan melodi hidup
panorama ganu dicoret ombak anggara
daun lerah tika pawana berhembus
begitu gapura keyakinanku musnah,roboh
kelopak bunga parak dek kearaman
kecemburuan terbitkan dendam infiniti
masihkan ada pelangi di atas sana?
masihkah mentari menyinari jagatraya?
sedangkan kejatuhan darma bagi kebodohan...
akanku setia menanti
gapura keyakinan bakal berdiri megah
jadam bakal mengakarkan matang kehidupan..
J-14