Koleksi Sajak
Dari Bahana
Dusta Khianat (Karya Masnonah AB)
Carta apa lagi yang hendak dibentangkan?
Cuma-Cuma
Pembohongan dan kepalsuan
Demi dendam yang tak berbaloi
Bendera rebah dipenjara demokrasi
Tanpa kemenangan
Di tunda kekalutan
Menyuburkan kebencian
Dusta khianat
Kezaliman
Adalah hutang yang belum tuntas
Bayarlah di akhirat nanti.
*Dari sumber majalah Bahana Semtember 2003)
*Dari sumber majalah Bahana Semtember 2003)
Pahit Manis Kehidupan (Karya A.R Romzi – Mei 2007)
Dalam kemanisan
Ada kepahitan
Dalam kepahitan
Ada kemanisan
Kepahitan usah dibuang
Kemanisan usah ditelan
Kemanisan dan kepahitan
Adalah bahagian kehidupan
Yang bakal mendewasakan
*Dari sumber majalah Bahana Mei 2007
Penganggur (Karya Fahmi LS)
Aku si penganggur
Tapi aku bukan si peminta
Aku si penggangur
Tapi aku bukan orang pemalas
Aku si penggangur
Tapi aku bukan orang cetek ilmu
Aku si penggangur
Hanya kerana aku tiada kerja
Tapi walau aku si penggangur
Aku akan tetap berusaha
Tidak menjadi penggangur
Biarlah dia terpacak, wahai punggur.
*Dari sumber majalah Bahana Ogos 2008
Antara Beribu Bintang (Karya Sariani HI)
Apabila aku mendonggakkan kepala
Ku melihat beribu bintang
Indah dan permai
Laksana permata di awangan
Mengamit sukma
Antara beribu bintang
Satu jadi pujaan
Kecil molek
Berseri
Tetapi sayang
Tergantung diawangan
Terlalu jauh untuk ku jangkau
*Dari sumber majalah Bahana September 2002
Hidup Atau Mati (Karya Haji Mohd Ariffin HB Hidup)
Aku bangun
IIIIIIIIIIIIIIIII
Aku Tidur
ZZZZZZZZZ
Aku Sedar
Iiiiiiiiiiiiiiiiii
Aku Mati
??????????
*Dari sumber majalah Bahana Febuari 2003
Kembara (Karya Abu Sofian)
Ku semai kasih
Di teluk resah
Kuanyam rindu
Di laut alpa
Kukutip takwa
Di ladang nista
Oh.... aku kembara
Di alam jaga
Ampun.....
*Dari sumber majalah Bahana Mac 2003
SEKARANG
sekarang
aku mencumbui hidup
bukan lagi kerana kerakusan
nafsu
sekarang
aku mencumbui hidup
mencari syahdu
dalam menjaga nafsu dan kalbu
dibuai rindu
dalam restu-Mu, Tuhanku
sumber hidup dan matiku
APANDI HAJI ALI
*Dari sumber majalah Bahana Disember 2005
MELIRIK MIMPI
Semalam begitu indah
buat jiwa yang lara
kabarmu jua kunantikan
bagai semalam kukejar
dan semalam kuharapkan
namun semalam tetap berlalu
Sejenak fikiranku terganggu
hadirmu tidak kuharapkan
sekuntum senyuman tidak kuendahkan
sebagai ruang kepiluan
dari kejauhan aku kelukaan
tiada daya untuk menembus kembali
saat-saat yang memilukan
Aku cuba menyendiri
namun aku hanya sebagi sandaran
tiada yang menghargai
aku tetap kehilangan
mendengar ketika sepi
melihat ketika hilang
umpama kasih satu bayangan
MASNI HA
*Dari sumber majalah Bahana Disember 2005
MASA DIPERSIAKAN
pagi-pagi sering kali... aku
bangun dan terjaga
mentari yang mulai menyinar aku masih alpa
dihitunga jejari tapi hamper tiap hari
tidur yang sudah terbiasa
dengan panggilan mimpi-mimpi
yang dibawa udara segar
kelalaian dan tak ingatkan tuhan
sibuk bersama tuala
meluru ke bilik mandi
solat hanya sekadar boleh
memandu terus ke opis
pura-pura banyak kerja, kakas sini dan sana
dari pagi hingga ke malam
hanya pembohongan
kebiasaan di hari esok yang berterusan
curi tulang menjadi amalan
bukan untung tapi ruginya diri
kerja-kerja yang tanpa bismillah kerana Allah
rezeki yang halal menjadi haram
HAJI MAT NOOR MATUSSIN
*Dari sumber majalah Bahana Disember 2005
PUSARA
di kaca jernih
seorang tua bertafakur
atas tikar di sisi batu nisan yang reput
dedaun bertaburan menutup lantai tanah
anak-anak turut menatapi yasin
jejarinya rancak mengutip dedaun
tanah kerng disimbah air
bunga-bunga segar bertaburan di atasnya
semua bersalaman bertemu tapak tangan
pusara yang gelap diterangi bulan
perginya menghadapi Ilahi
dengan reda keluarga melepaskannya
pusara kian usang tak sedetik hilang dari
ingatan
kunjungan tak pernah berhenti
walau hujan menenggelami bumi
SURRA
*Dari sumber majalah Bahana Disember 2005
RISTAAN PERWIRA
Setiap hari berlalu
setiap detik bermula
semua makin berubah
dulu kau hanya bandar kecil
kini lihatlah dunia
namamu tersohor seantero dunia
Kuimbas
semua ristaan lama
jasa-jasa perwira mengawal negara
berbentengkan semangat
bersatu tenaga bersatu hati
kau tak gentar pada peluru buta
Sekian zaman sudah berlalu
namanya kini menjadi ristaan
pada yang muda menaruh harapan
kelak menjadi perwira negara
padamu mereka jadikan idola
SURRA
*Dari sumber majalah Bahana Mei 2008
MAMA
Mama
air jernih mengalir dari matamu
aku tahu apa bermain di fikiranmu
sedih
kecewa
derita
itulah dalam fikir kurasa
walaupun engkau tidak menitipkan
tetapi darahmu mengalir dalam tubuhku
sudah cukup untuk dimengerti segalanya
Mama
air jernih mengalir dari matamu
membuat diri rasa digelar anak
membangunkan aku dari kealpaan
membuatkan hati keras menjadi lembut
mengngati aku betapa indahnya langit
dan luasnya samudera
Mama
air jernih mengalir dari matamu
telah membuka pintu hatiku
air jernih itu umpama obor menerangi sukmaku
yang selama ini gelap-gelita
setiap masa lapang yang dimiliki
akan kupenuhi agar kau tersenyum
supaya engkau lupa akan
kesedihan
kekecewaan
penderitaan
engkau hadapi selama ini
mama...
NUR SHEILA AHMAD
*Dari sumber majalah Bahana Mei 2008
IBU, KAU CAHAYA HATIKU
Ibu
engkaulah penyeri di kala sepi
di saatku dilahirkan
sungguh kehangatan kaurasai
mengundang kegembiraan menjelma
Ibu
kau mengajarku
erti era sebuah kehidupan
semakin mencabar dan tercabar
dimengertikan kematangan
Ibu
mengapa kini
engkau pergi jauh
bersama lembaran kenangan lalu
yang masih kurindui
Ibu
izinkan aku menantimu
di pintu mahligai
kini disulami cahaya
tiadakan pudar selamanya
oleh hambatan waktu
ARMIMAHWATI YUSOF
*Dari sumber majalah Bahana Mei 2008
BELIA BERWAWASAN
Wahai belia
bangunlah dari tidur nyenyak
agar sama nyalakan
sebuah cabaran dan kebanggaan
di atas bumi Darussalam
Wahai belia
bersiaplah menuju pintu jaya
menerobosi era globalisasi
kerana di situ setia menanti
Wahai belia
jangan terus hanyut
di dunia kelenaan berulit
jangan jua terus tersilap langkah
carilah perhentian hakiki
padahal sinar kehidupan
masih luas menerangi, nur-Nya
walau di mana-mana
SHAZA
*Dari sumber majalah Bahana Mei 2008
MELAYU
Malu dan bersopan adalah pakaianmu
entah ke mana menghilang sifatmu
layu dan seperti Melayu itu sendiri
akibat apa dan apa
yang aku pasti dan sangsi
untuk menghurai persoalan
Melayu
mungkin warna kulit yang berbeza
loghat Melayu jua udah berubah
apa yang hendak kukata
yang berubah hanya bahasa
untung sabut timbul
seperti Melayu itu sendiri
Mungkin ada bahasa
mungkin akan ada suara
mungkin akan ada kalimah
cuma memperkatakan tentang Melayu
hakikatnya aku pun begitu
Mengapa Melayu sebegitu
mengapa Melayu sebegini
aku dan kau masih sama
NORSIAH H.N.
*Dari sumber majalah Bahana Mei 2008
Dari Pelita Brunei
Bumi Brunei (Karya SuRra)
Kini usiaku dua puluh empat tahun
Sejak usiaku di bumi ini
Pejam cilik mataku di bumi ini
Membesar di bumi ini
Ku lihat kemajuan terus menyerlah
Kejayaan makin mantap
Bumi Brunei
Kini namamu di persada dunia
Hasil bumi yang kaya
Kedamaian termashyur
Keindahan flora dan fauna
Ketenangan kehidupannya
Kami
Kami pewaris generasi
Kami mencipta nama
Pelajaran dan kejayaan
Harapan benteng pertahanan negara
Di sini kami bertahan
Di sini kami berjasa
Di sini kami bergembira
Di sini hidup mati kami
Di bumi Brunei Darussalam
Penuh keamanan dan kedamaian
* Dari sumber Pelita – 9 Jun 2010
Ibuku (Karya Effy)
Pengorbanan ibu bermula sejak awal lagi
Sejak kelahiranku
Hidup ibu setiap malam
Menjaga ku tanpa penat lelah
Semasa ku di bangku sekolah
Ibu menasihatiku
Menegur kesalahanku
Memberi tunjuk ajar kepadaku
Sudah dewasa
Ibu mengingatiku
Untuk bekerja jujur
Amanah dan bertanggungjawab
Untuk ibu
Tidak akan ku lupa semua itu
Terima kasih Ibu
* Dari sumber Pelita – 21 Ogos 2010
Insan Seni (Karya Sabaruddin SD, Mentiri)
Hadirmu adalah kelahiranmu
Bagaikan sang mentari
Menghangatkan pentas dunia hari ini
Mengumpulkan buih-buih rindu bicara
Di atas selembar kertas
Memperkasa suara hatimu
Menjadi tatapan untuk dunia
Engkaulah insan seni
Mengupas cerita di balik tabir kehidupan
Senyumanmu masih ada duka
Ketenanganmu masih dalam tangisan
Pemergianmu kini meninggalkan kehilangan
Menaburi pesan dan ikhlas bakti
Jauh bersinar ke lubuk hati nurani
Damailah engkau di sana
Pesan baktimu terus di kenang
Terus di sanjung dan di perkasa
Terus di perjuangkan oleh anak bangsa mu
Sebagai insan seni sehingga ke hari ini
* Dari sumber pelita – 9 Oktober 2010
Patutkah Aku Menusuk Duka Di Hatimu, Bonda? (Karya Rosnah Yusof)
Patutkah aku membisik duka
Di hatimu bonda
Jika
Di sebuah ilmu
Yang telah di pertaruhkan
Demi sebuah peradaban bangsa Melayu
Yang merdeka dan berdaulat ini ...
Patutkah aku menyisihkan masa
Dan diri
Tanpa menemani kenyataan
Dalam membenarkan janji-Nya ...
Lalu ...
Mendukung cabaran dan harapan itu
Pada kesesatan jiwa
Yang tidak mengenal
Keimanan dan ketakwaan
Serta kesedaran
Di sebalik ilusi
Yang telah meneka kekecewaannya ...
* Dari sumber Pelita – 24 April 2010
Kamukah Belia Pelapis? (Karya yatim Budiman)
Apabila disebut belia
Kononnya merekalah pelapis
Tidak!
Belum tentu jadi pelapis
Yang dikatakan
Pemuda harapan bangsa!
Pemuda tiang negara
Para belia dewasa ini
Belum tentu boleh memimpin
Sama ada sebaya dengannya
Maupun teman yang lainnya
Belia dewasa kini
Belum ada tanda yang benar
Untuk jadi pelapis bakal memimpinnya
Sama negara maupun anak bangsa
Pancir warisan tanah air
Kamukah belia pelapis
Nah! Ubah sikap ubah perangai
Adat budaya ke adat budaya asal
Bukan meniru dan
Jangan di ubah adat tatasusila
Warisan bangsa
* Dari sumber Pelita – 26 Jun 2010