Sabtu, 21 Ogos 2010

Sekapur Sirih



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
      Kami bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya dapat kami menghasilkan sebuah blog khas bagi memenuhi kerja kursus PL 4202 iaitu  KP: KESUSASTERAAN MELAYU II sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran bercorak E-Learning bagi kemudahan para pendidik, pelajar dan masyarakat sejagat. Dengan sedikit sumbangan ini diharap dapat memberikan manfaat kepada para pengunjung blog ini. Insya Allah. Blog ini menumpukan perhatian terhadap karya sastera iaitu Sajak. Kami akan menggunakan buku Antologi Cermin Diri sepenuhnya bagi menghasilkan perbincangan, kajian, isu-isu semasa dan sebagainya untuk di kongsi bersama dengan sahabat-sahabat yang mencintai hasil karya sastera.


      Objektif penghasilan Blog ini adalah untuk menyelesaikan masalah atau isu mengenai kekeliruan para pelajar tentang aspek-aspek sajak dan terdapat segelintir pelajar yang tidak tahu bagaimana untuk membuat analisis sajak. Selain itu, objektif blog ini adalah bagi memaparkan analisis aspek-aspek sajak seperti Bentuk, Aliran, Corak, Nada, Maksud, Tema, Persoalan, Perutusan dan Pengajaran untuk kami kongsikan. bersama. Di samping itu, ia bertujuan untuk di jadikan sebagai satu bahan rujukan kepada para pelajar sekolah menengah khususnya yang mengambil jurusan Kesusasteraan Melayu , Mahasiswa/wi dan orang awam.

      Di harap, dengan adanya ciptaan blog  ini dapat membantu para sahabat seni sastera terutama para pelajar sekolah menengah untuk mempertingkatkan lagi ilmu tentang analisis aspek-aspek sajak sekaligus ilmu kesusasteraan Melayu.

Sekian, Terima kasih.




Tiada ulasan: